Friday, November 19, 2010

aku butuhkan MU




Tuhan ku pohon bantuanMU,
tahankan hatiku,
tahankan nafsuku,
sungguh ku tak mampu.

Tuhan nafsuku itu milikMU,
ego ini hak ciptaMU,
cinta ini tercipta untukMU,
cerita dan kisah ini lakaran kasihMU.

Tuhan hidup ini atas ihsanMU,
peraturan hidup ini dasar kasihMU,
rahsia hati ini tersimpan padaMU,
sungguh tiada apa dapat kurahsiakan dariMU.

Tuhan setiap doaku engakau pendengarnya,
setiap kefahamanku engkau anugerahi,
setiap tangisku engkau hadir bersama,
walau aku alpa engkau tetap menemani.

Monday, November 15, 2010

relakan dirimu



Menangislah Dibahuku

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

Sunday, November 14, 2010

impian yang nyata



herm,,mari2 dengar diskusi dari dalam diri dan jiwa,,
he2,,aceceh berayat berbunga lak,,herm,,,nk timbulkan satu tajuk di sini,,,impian yang nyata,,,herm,,smua org kat dunia ini ada impian,,tak kira la impian tu besar ke kechik ke,,,
impian tu tercipta bukan atas dasar saiz badan seseorang tu,,tak pon atas dasar kepandaian,,atau mungkin dasar alim2 gitu,,impian tercipta macam mimpi,,bezanya mimpi macam lebih kepada imaginasi yang tak tercapai dek akal,,tapi impian kebiasaannya kita semua akan bersungguh-sungguh nak kejar,,dan bila kita dah ada peluang untuk lunaskan impian kita,,perasaannya macam kita dapat hadiah daripada orang yang kita sayang,,ye ke..??he3 entahlah tapi tu hanya pandangan cik bidadari sahaja,,anda pasti punya pendapat lain,,tapikan,,macam mana pulak kalau kita dah dapat kotakan impian kita dengan segala usaha dan kudrat yang ada tapi kita terpaksa gadaikan impian kita demi impian orang lain...??adil ke..??x adil kan..??tapi siapa kita untuk tentukan keadilan,,tuhan lebih tahu tentang keadilan,,
cakap pasal lunaskan impian sebenar benarnya impian ibu dan ayah lebih besar berbanding kita,,dulu atau mungkin sampai saat ini ,,selalu saja cb try nk salahkan ayah sebab salah satu impian cb yang paling besar dalam hidup tak dapat nak capai sebabkan permintaan ayah,,sebabkan cb ikot ckp ayah,,peta minda hidup cb berubah secara drastik dan jadi tak teratur,,tertekan la sangat-sangat,,,sampai tak boleh study,,tak boleh fokus,,,lemahnya cb masa tu,,cb selalu salahkan ayah walaupun cb tau kenapa ayah suruh cb tinggalkan impian cb,,n tau apa effect sebab simpan dendam kat ayah,,keputusan periksa cb untuk taun ni sangat teruk,,he,,jahat kan cb,,at last cb sedar,,ayah dah banyak korbankan impian ayah untuk cb tapi cb..?mungkin baru sekali,,cb korbankan impian untuk ayah,,tp ayah entah berapa ribu kali,,impian ayah nak jadi jutawan,,impian ayah nak jadi kaya,,mpian ayah nak ada rumah besar,,impian ayah nak sambung belajar,,ayah padamkan impian ayah macam tu je tapi semua tu ayah korbankan demi cb,,terima kasih ayah,,cb sayang ayah!!
lepas ni cb akan terus buat impian baru,,sebab cb selalu fikir takkan sebabkan satu impian cb yang tak kesampaian cb takut nak cipta impian baru,,impian bukan macam mimpi,,impian akan ada rasa sakit bila kehilangan dan jatuh,,tapi impian juga ada rasa manisnaya bila dpat dicapai,,,
impian tak semua tu mudah nak capai,,
bersusahlah demi impian,,ganjaran sebenarbagi kesusahan tu hanya tuhan saja yang tahu,,
p/s:selamat tinggal kisas,,=)

Friday, November 12, 2010

menemui cinta abadi



tuhan,,
saat aku dalam ketenangan
engkau seringkali menguji aku dengan kepayahan
aku tertanya-tanya
apa hikmah disebalik semua ini??
tuhan,,
aku mohon kesabaran dan ketahanan daripada putus asa
tuhan,,
engkau tambahkan tanggungjawab ada diri kerdil ini
sedang aku seringkali minta dikurangkan
tuhan,,
hina sungguh hambamu ini
ku buka setiap hari lembaran cintaMU
ku pujuk hatiku untuk bersabar
tuhan,,
aku tak mampu tanpa pertolonganMU
tuhan,,
aku seringkali jatuh
jatuh dalam lubang hitam dan kelam penuh dosa
tuhan,,
ampunkan aku
aku tak mampu
aku tak layak
aku tak butuh berdiri lagi
tuhan,,
engkau berikan aku lagi ujian
aku yakin engkau mahu mendidikku
menjadi lebih baik dan lebih baik
tuhan,,
engkau baik
engkau penyayang
aku ini hamba yang sombong
ampunkan aku tuhan
ampunkan aku
bantu hambaMU ini,,,
hambaMU ini merintih dan merayu!!

izinkan aku





Menjemput Bidadari


Album :
Munsyid : Epicentrum
http://liriknasyid.com


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Saturday, October 9, 2010

pesanan buat sahabat


ku fikirkan bahwa engkau tentu sudah sedia mengetahui
tentang lembaran yang diturunkan TUHAN
tentang ayat-ayat cintaNYA
menyuruh setiap hambaNYA bersabar,,
saat ujian datang menduga
tak siapa menghalangmu menangis
tapi sungguh sekerasnya engkau tidak perlu meratapi,,
ujian setiap insan tak sama,,
mungkin ujian bagi insan luar biasa sepertimu berbeza dgnku
ku punya kekuatan yang hanya kan ku temuai dengan hanya menyelami hati tulusmu,,
sabarlah wahai cahaya cintaku,,
sabarlah,,
aku ingin sekali meluahkan rasa cintaku padamu kerana ilahi,,
sungguh aq tak mampu melihat kau menangis,,
cahaya murabbi sentiasa mengiringimu,,
ku utuskan puisi ini sebagai pengubat duka dan lara,,
moga puisi ini melunaskan rinduku pada bidadari syurga,,
ku pohon padamu jangan menangis lagi,,
aq x butuh melihatnya,,
semoga cinta ALLAH berada di sisimu,,
ingatlah hanya ALLAH mengetahui di sebalik segala apa yang berlaku,,
semoga ALLAH merahmati kamu

Friday, October 8, 2010

buat sahabat paling ku cintai



pernah engkau lihat betapa hebatnya matahari itu terbenam??
sungguh indah,,
ku fikirkan adakah pemandangan itu seindah pemandangan di syurga??
aku takut menatapi pemandangan malam hari
kerna disitu kenangan untuk hari ini akan berakhir
dan cerita untuk hari esok akan bermula,,
tapi sejujurnya tulus dalam hati aku menyedari
setiap apa yang tuhan ciptakan itu ada hikmahnya,,
begitu juga hubungan ukhuwah antara kita,,
kau bagai peneman setiap waktuku,,
bagai penghubung cintaku dengan tuhan,,
sungguh2 aku mencintaimu kerana ALLAH
aku sentiasa ingin ukhuwah ini mengalir bersama kasih sayang
seperti likuan sungai menuju kepada lautan kasih sang pencipta,,
semoga kau dibawah lembayung rahmat kasih sayangNYA