Friday, November 12, 2010

menemui cinta abadi



tuhan,,
saat aku dalam ketenangan
engkau seringkali menguji aku dengan kepayahan
aku tertanya-tanya
apa hikmah disebalik semua ini??
tuhan,,
aku mohon kesabaran dan ketahanan daripada putus asa
tuhan,,
engkau tambahkan tanggungjawab ada diri kerdil ini
sedang aku seringkali minta dikurangkan
tuhan,,
hina sungguh hambamu ini
ku buka setiap hari lembaran cintaMU
ku pujuk hatiku untuk bersabar
tuhan,,
aku tak mampu tanpa pertolonganMU
tuhan,,
aku seringkali jatuh
jatuh dalam lubang hitam dan kelam penuh dosa
tuhan,,
ampunkan aku
aku tak mampu
aku tak layak
aku tak butuh berdiri lagi
tuhan,,
engkau berikan aku lagi ujian
aku yakin engkau mahu mendidikku
menjadi lebih baik dan lebih baik
tuhan,,
engkau baik
engkau penyayang
aku ini hamba yang sombong
ampunkan aku tuhan
ampunkan aku
bantu hambaMU ini,,,
hambaMU ini merintih dan merayu!!

No comments:

Post a Comment